Pages

Thursday, December 8, 2011

NIKAH GANTUNG

hari ni story special sedikit.. tentang nikah gantung.. tau tak pe nikah gantung ni ??
Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
antara sebab - sebab la biasa orang buat nikah gantung ni :
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
    Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
    Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Tau x tujuan nikah gantung ni ??
Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

macam mane pulak dengan tanggungjawab ye ?

Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

ha,macam bestkan.. sebenarnye teringin nak buat nikah gantung ni.. yela dari asek dating je, rase cm x aman kan.. huhuhuhu.. cara ni jugak menunjukkan Islam itu mudah.. tapi apa kan daya.. mak bapak mcm x kc je...juz besabar je la hati ye.. T.T.. masa nye akan tiba...

2 comments:

  1. sabar la beb.. dulu aku pun penah pk benda ni..tapi... juz kome pepandai la jga hbgn tu...byk2 sabar...apa2 hal bwk bincg 1 meja..jgn cpt melenting tau...muahh!!

    ReplyDelete
  2. hahahhaha.. motif dgn cpt melenting 2 ?? thx bebe.. ko sorg je la yg phm aq... huhuhuhu.. aip.. ko ngn sape plak ni ?? yg smpi nk nikah da.. hehehhehe....

    ReplyDelete